Ahad, 21 Julai 2013

ceritakuu



alhamdulilah..masa lagi di kurniakan kesihatan yang baik...hari jumaat hari tu aku halfday,sabtu pulak aku mc...sebab demam...terima kasih kepda ifa  & issha yang sanggup datang semenchu semata-mata nak bawak aku g klinik...hihihi

secara personal aku tak sabar nak tunggu 2.8 , menentukan sama ada aku dapat sambung ijazah sarjana muda dekat poli ke tidak..UPU pun aku dah buat rayuan tapi keputusan Upu keluar pada minggu kedua...sedangkan daftar poli 2.9 ...mana-II je lah yang penting aku dapat sambung pelajaran...tetapi tawaran belajar mungkin aku tolak kalau aku di panggil temuduga untuk kerajaan..sebab hari tu aku ada mohon tapi mcm tak ada apa-II berita pun...kita hanya mampu merancang dan ALLAH yang menentukan...

alhamdulilah kerja okey tapi tu lah bila semangat dah berkobar-kobar untuk nak sambung belajar tak boleh nak cakap apa lah kan...sebab aku masih lagi muda...nak kawin pun tak ada duit lagi..so baik aku selesaikan satu-satu dulu...insyaALLAH kita hanya mampu membuat perancangan sedangkan perancangan ALLAH itulah yang terbaik...

siapa yang tak tergugat tgk kawan-kawan dah pakai kereta..tapi aku fikir rasional lah..bukan semua benda yang orang ada kita perlu ada...ukur baju di badan sendiri/..takkan orang kawin kau pun nak ikut kawin....rezeki setiap manusia berlainan...bersyukur dan berdoalah di permudahkan segalanya... :)

siapa kita nak menidakkan sesuatu yang akan terjadi..semakin aku dewasa aku belajar banyak benda..macamana nak menharungi kehidupan..macamana nak memperbaiki diri...sebab setiap orang mempunyai perangai yang berlainan..setiap hari kita akan bertemu dengan orang yang berbeza..

semakin banyak kita pergi semakin banyak yang kita akan pelajari...kadang-kadang kita hanya mengetahui nama sahaja..tetapi kita tidak mengetahui kisah dan hidup mereka..semakin aku cuba muhasabah diri semakin aku merasa diri ini kecil...masih banyak kekurangan diri.

nampaknya aku sudah dewasa...hahaha...semakin matang untuk menlalui kehidupan yang banyak onak dan duri..

#terimakasih


0 pegkritik hebat:

Catat Ulasan

copyright@ by cik ayu mentary