Ahad, 24 Mac 2013

alhamdulilah


Alhamdulilah,sesungguhnya nikmat ALLAH itu tidak terkira..hanya kita sebagai manusia biasa sahaja yang kadangkala kufur nikmat..menjaga hati amat lah susah..moga aku sentiasa menjadi orang yang sentiasa muhasabah diri..terlalu banyak kekurangan diri ini..kadangkala rasa terlalu payah untuk melalui ini semua..hinggakan aku lalai di sekeliling aku masih ramai yang menyayangi..membahagiakan orang di sekeliling adalah detik yang paling mengembirakan taktala senyuman menghiasi di bibir insan kesayangan kita..

Aku selalu ulang banyak kali..sentiasa positifkan diri..jangan menjadi orang yang mengkhianati diri sendiri..maksud aku di sini..menjadi penyebab kepada kegagalan..yelah,kita selalu cakap..”kau tak boleh buat”..terlalu merendah diri juga boleh menyebabkan kemudaratan kepada diri kita..tetapi terlalu yakin pada diri pun susah jugak..jadi lah orang yang sentiasa sederhana...supaya kita masih sedar di mana langit kita junjung dan di mana bumi kita berpijak..cewah aku nie..macam-macamlah..
Menulis blog adalah terapi,di mana kita boleh meluahkan apa sahaja yang kita mahu tanpa perlu rasa takut kalau di kecam..yelah blog sendiri..suka hati lah kan nak taip apa...dan aku percaya tiada siapa yang akan membacanya..hikhikkhikk..

Apa lagi yang aku nak luahkan?? Ummm...tidak di nafikan kadangkala aku seorang yang keras kepala..aku tak pasti lah sejauh mana keras kepala aku tu..tapi kalau kawan baik aku cakap macam tu..betol lah kot..aku terima je dengan hati yang terbuka..mungkin aku tak nampak apa yang mereka nampak..tapi yang pasti aku amat menyayangi orang yang rapat dengan aku..walaupun kadangkala aku rasa aku banyak menyakiti hati mereka..sedar pun ayu..ayu..owhh ayu..

Apa yang aku tahu lah...orang mudah menyayangi aku..cewah perasan lah pulak kan..tapi betul la apa yang aku cakap nie..mungkin sikap penyayang aku kot..suka lah blog aku ! XD

Aku bukan lah seorang yang mudah sentap..aku oke je...boleh huhahuha..tapi kalau orang yang tak pernah rapat dengan aku mesti dia cakap aku nie pendiam..ayu pendiam?...tolonglah weyhh..orang tu mesti tak kenal aku rapat..aku lah orang yang paling banyak cakap dalam ahli keluarga..sampaikan ibu cakap kalau along pergi belajar senyap je rumah..see?..bertapa riuhnya aku..

Amy lah selalu kena tadah telinga dengar aku bercakap..padanlah tu ayu dengan amy...amy tu pendiam..mak dia pun pendiam..takut tau...XD orang cakap amy sopan santun..abis aku?..mesti orang cakap aku nie kasar..sob..sobb..tak pe lah..kalau dia sama je dengan perangai aku, tak ke huru-hara..alhamdulilah Ya Allah kau temukan aku dengan dia.. J

Apa yang ALLAH rancang untuk hambanya amat cantik sekali..mungkin kita pernah kecewa..tapi kekecewaan kita tidak akan lama kalau kita sentiasa redha dengan apa sahaja yang tertulis untuk diri kita :D



0 pegkritik hebat:

Catat Ulasan

copyright@ by cik ayu mentary