Jumaat, 10 Februari 2012

surat untuk kekasih



Kerana ayah dia sanggup berkorban apa sahaja..walaupun terpaksa menguburkan impian diri sendiri.."Walau apa pun yang terjadi mesti ada hikmahnya"..bisik hati kecilnya.

imbas kembali

"ayah bukan apa sya,ayah tak nak kau belajar di luar negara itu,banyak pancaroba...lagi pun hanya kau satu-satunya anak ayah.kesian lah kat ayah," rayu pak mail..

sesungguhnya dia tidak sanggup mendengar rayuan yang keluar dari mulut ayah yang tersayang.biarlah harapan itu terkubur asalkan dia dapat bersama-sama dengan ayahnya..lantas dia memeluk ayahnya yang banyak berbakti untuk membesarkan nya...ibu telah lama meninggalkan mereka berdua..kata ayah ibu lari mengikut lelaki lain.walau apa pun ayah tak pernah memburukkan ibu..aku di tinggalkan semasa aku masih bayi..aku tak pernah merasa kasih sayang seorang ibu,yang aku ada hanya seorang ayah..ya,aku mesti berbakti kepada ayah hingga ke akhir hayatnya..aku lah penawar dan aku lah dukanya...Serta merta air mata berguguran laju.."ayah maafkan sya"..luahnya..dakapan mereka bersatu.


*******************************************************************

beberapa tahun kemudian

doktor ! doktor ! laung seorang keluarga pesakit.
"ya ada apa yang boleh saya bantu?".seraya melemparkan senyuman manis.
"sa.....yaaa......sa....yaaa.....alamak macamana aku boleh gagap lah pulak ni...tapi senyuman dia nie membuatkan jantung aku berdegup...dup...dipp...dup...aduh,dah keluar lah pulak lagu dangdut",.bisik hati khairul..

"ada apa-apa yang boleh saya bantu?," ulang doktor itu lagi..kenapa lah dengan budak nie,muka aku ada apa-apa ke..bisiknya di dalam hati..

"sa...yaaa..nnngggg dah makan ke?"...aduh malunya macamana aku boleh terpanggil dia sayang ini..tu lah mulut tak ada insuran..kan dah terlepas..mana aku nak letak muka nie..

biar betul orang ini panggil aku sayang ke aku salah dengar?...mungkin aku salah dengar kot.."belum",balas doktor tersebut pendek sambil melemparkan senyuman..

"Apa kata saya belanja doktor,sebab doktor banyak bantu ayah saya,En Zulkifli"..saya harap sangat doktor sudi memenuhi pelawaan saya ini", luah khairul penuh berharap.

"Memang menjadi tugas saya untuk membantu semua pesakit saya cik..Saya hanya mampu berusaha,selebihnya kita serahkan pada Yang Maha Esa"...urmmm,macamna nie eak,nak terima ke tak?..lagipun banyak lagi kerja aku yang belum selesai..tapi kalau aku tolak,macam menghampakan dia je..aku tengok muka dia bersungguh-sungguh.Setelah beberapa detik berfikir,lantas dia memutuskan untuk memenuhi pelawaan khairil.Tapi dengan syarat hanya di kantin hospital sahaja.

"kantin pun kantin lah,yang penting doktor tu sudi terima pelawaan aku,macam ada peluang je nie".gumam khairil di dalam hati.

*******************************************************************

sampai sahaja di kantin mereka mengambil tempat yang kebetulan baru sahaja di kosongkan..

mereka duduk bertentangan..

setelah beberapa detik mereka membisu...khairil sempat terpandangkan tag nama doktor tersebut "Syanaz"..apasal lah tadi aku tak nampak eak?..mungkin tadi aku kalut sangat kot..apa tak nya,tenguk senyuman dia je dah buat aku cair..kalau lah dia jadi isteri ku...alangkah bahagianya..kejap-kejap tadi aku cakap isteri ke?..biar betul aku ni..tak kan aku dah jatuh cinta?..i can't believe that !...khairil bermonolog sendirian..

"Encikk.....cikkkk...cikk"....seraya melambai-lambaikan tangan..kenapa dengan dia nie...tersengih sorang-sorang...nie yang buat aku tertanya-tanya..ini tak boleh jadi,kalau macam nie,berapa lama nak duduk kat kantin nie..dah lah aku banyak kerja.terasa menyesal pulak menerima pelawaan dia nie..gumam syanaz dalam hati.

lantas syanaz menepuk bahu khairil yang masih lagi tersengih-sengih itu.

"mak oi,kau meletup", latah khairil.
kenapa aku boleh melatah nie..setahu aku,aku tak pernah pun melatah..sapa pulak lah yang kacau aku berangan nie...nie yang aku hangin satu badan !..dia terlupa yang pujaan hatinya duduk di hadapan !

"Encik ok tak?...saya rasa encik nie macam tak sihat je"...balas syanaz.

"saya ok je"..sengih khairul..jum lah kita ambil makamann...

mereka pun menikmati hidangan dengan perasaan berlainan..seorang dengan hati yang kembang kuncup..manakala lagi seorang penuh dengan tanda tanya.


*********************************************************************

" syanaz asyikin mari sini ! ", perintah ayahnya..

"kenapa pulak ayah aku nie, siap panggil nama penuh lagi ?", bisik syanaz.

"ayah jumpa ini dalam peti surat rumah kita", kata ayahnya...sambungnya lagi...ayah rasa surat tu macam surat cinta je...sambil bermonolog ayah nya berkata di dalam hati,baguslah kalau ada yang berkenan dengan anak aku nie...umur pun dah meningkat..tak kan nak solo sampai tua pulak...

" hissshhh, apa yang ayah merepek nie..sapa lah yang nak bagi surat cinta pulak...entah-entah surat bank kot", seraya tertawa kecil..

lantas dia meninggalkan ayahnya yang sedang menonton tv di ruang tamu.


*******************************************************************

surat tadi di pandang sepi sahaja..baru dia perasan surat yang di terima tadi tiada ciri-ciri daripada bank..

"surat apa ni?", gumamnya di dalam hati
lantas dia memutuskan untuk membuka surat tersebut

Assalamualaikum
sihat tak?..kalau tak sihat jumpa doktor tau..
saya Khairil
nie nombor handphone saya 012-3456789
jangan lupa call saya tau !
saya nak sangat berkawan dengan awk

sebaik sahaja dia membaca surat tu, dia menghamburkan ledakan ketawa..tidak pernah terfikir akan mendapat surat seperti ini..surat yang terlalu berterus terang dan sempoi..tercuit rasa hati untuk mengenali siapa penulis surat ini..

lantas dia mengambil telefon bimbitnya itu , dia sekadar mahu mengenali siapa pengirim surat yang begitu berani sekali..seumur hidup dia inilah pertama kali dia mendapat surat begini..kalau tidak mesti di selitkan dengan kata-kata yang kadang-kadang membuatkan dia loya !

kkrrriiiinngggg...kriiinnngggggg..kriiinngggg

telefon bimbitnya berbunyi setelah dia menghantar mesej " salam , awk ke y kirim surat pada saya tu?"

"Assalamualaikum," sahut suara di sebelah sana.

"walaikumussalam"

"apa betul awak cik Syanaz Asyikin?"

"ye saya..boleh saya tahu ,macamana awak dapat alamat rumah saya?", tanpa berselindung syanaz terus melontarkan soalan yang bermain di fikirannya

"cik syanaz jangan salah faham, niat saya baik . Saya hanya mahu mengenali cik Syanaz dengan lebih dekat ", terang pemanggil itu tadi.

"tapi saya..............................

"kejap cik syanaz saya khairil..cik syanaz ingat tak?"

"khairil?...khairil mana nie?..setahu aku,kawan-kawan aku tak ada yang bernama khairil..bisik syanaz dalam hati.

lebih baik aku jujur lah..lantas syanaz menjawab "tidak"..

"saya dah agak mesti cik syanaz lupa dengan lelaki yang makan dengan cik syanaz kat kantin hospital tu", balas khairil..

"owhhh,awak En khairil ea?", saya mintak maaflah En khairil..hari tu saya tak tanya nama awak,walaupun awak belanja saya makan..saya mintak maaf sekali lagi.

"tak mengapa , saya tak kisah asalkan cik syanaz sudi menjawab panggilan saya nie..saya pun dah rasa berbesar hati", balas kahiril.

perbualan mereka berlanjutan sehingga ke tengah malam...penuh dengan gelak ketawa..

**********************************************************************


* bersambunggg


0 pegkritik hebat:

Catat Ulasan

copyright@ by cik ayu mentary