Rabu, 23 November 2011

tanpa tajuk..

Di sini aku,melepaskan nafas yang sarat
pabila aku sudah tak mampu
mungkin esok masih ada?
tapi adakah untuk aku

hey kamu jangan berpura-pura
jangan biarkan dendam kesumat ini membakar aku?
oh,tidak untuk apa aku membenci?
pabila semua yang terjadi tidak akan berubah

sia-sia sahaja air mata?
kekeringan dek basahan yang tidak di bendung
menitis tanpa dapat di tahan
jatuh tanpa ku sedari kewujudannya

mungkin aku bukan aku
dan mugkin juga kau bukan kau
jadi bila mana akan ku mengenali
dan bila mana kau mengenal ku

lupakan sahaja
bergitu mudah?
aku tahu kau takkan bisa
tapi kenapa kita tak mencuba?

persetan kan itu semua
perlukah aku bermain wayang?
tidak!
kau adalah kau
dan aku adalah aku

sekian terima kasih..



0 pegkritik hebat:

Catat Ulasan

copyright@ by cik ayu mentary